Alhamdulillah... Tepat pada jam 12.30 malam pada 1 Januari 2013, genaplah umurku yang ke-26 tahun. Ucapan syukur yang tidak terkira kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-26. Terima kasih Mak kerana melahirkan Mie ke dunia ini. Segala penat lelah yang Mak Ayah lalui untuk menjaga, membesarkan dan mendidik Mie selama ini, tidak mampu Mie membalasnya walaupun dengan mengorbankan nyawa Mie sekalipun. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan Mak Ayah dan hanya Allah sahaja tahu betapa sayangnya Mie pada Mak dengan Ayah walaupun Mie jarang menunjukkan perasaan Mie sebab Mie memang tidak pandai meluahkan perasaan. Tahu simpan je dalam hati. Hehehe...
Seperti biasa, Aku meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Aku dengan membaca surah Yaasin sebagai tanda syukur kepada Sang Pencipta. Baca pun perlahan je sebab housemate Aku dah tidur. Kalau baca kuat-kuat kang, tersedar pulak si Iqmal ni. Tak pun takut jiran sebelah terkejut dan fikir yang bukan-bukan pulak bila dengar orang mengaji surah Yaasin di tengah-tengah malam buta. Dah laa kawasan tempat tinggal Aku yang sekarang ini agak sunyi pada waktu malam.
Bermulanya tahun ini, pada saat Aku genap 26 tahun, maka pelbagai azam dan impian yang aku rancangkan dan ingin aku kecapi pada tahun ini. Salah satu daripadanya ialah Aku akan menutup pintu hatiku kepada wanita. Setelah 3 tahun hidup berseorangan tanpa teman istimewa, hati Aku terdetik semula untuk terbuka. Setelah lamaran Aku berikan, akhirnya penolakan yang Aku terima. Mungkin hadirnya "Cahaya Kerinduanku" dalam hidupku untuk mengingatkan Aku tentang keindahan sebuah hubungan cinta yang ingin dibawa ke jinjang pelamin.Tapi yang Aku alami kemudiannya adalah perasaan sedih dan kecewa yang mana mengingatkan Aku kepada kata-kata Abang Usrahku bahawa semua itu adalah ujian daripada Allah yang mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
P/s: Belum tamat jugak.
Tuesday, January 1, 2013
Monday, December 31, 2012
Menutup Tirai Tahun 2012.
Hmmmm.... saat 2012 semakin melabuhkan tirainya, Aku kembali termangu disini. Mengenang kembali akan kisah-kisah dan kejadian-kejadian yang telah berlaku padaku. Ada diantaranya membawa kemanisan dalam kehidupanku, dan ada jua yang memberikan kepahitan kepadaku. Walau bagaimanapun, ku anggap semua itu sebagai asam garam kehidupan yang norma dan biasa ditempuhi oleh setiap insan di muka bumi ini.
Mengimbau kembali saat 2012, teringat Aku pada pengalamanku di hantar posting ke SJKC Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor. 16 Januari menjadi tarikh keramat tatkala saat itu, Aku mula melaporkan diri di sekolah. Dengan keadaan yang serba kekurangan, tiada tempat bermalam dan tiada kenderaan untuk menuju ke sekolah, Allah telah mengurniakan insan-insan yang baik dan sudi membantu Aku bagi memulakan kehidupan sebenarku. Abg Wan & Kak Ta memberi pertolongan untuk Aku menyelesaikan urusan melapor diri di sek. Kawanku (Fathudin) pula membantu memberi tempat bagiku berteduh dan kenderaan untuk kegunaan harianku ke sekolah. Jasa kalian tidak akan Aku lupakan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik dan budi kalian.
Selain daripada itu, teringat jua aku pada azam tahun baruku dimana Aku berniat untuk mencari pasangan hatiku atau dalam erti kata lain, tulang rusuk kiriku yang "hilang" untuk dilamar dan dijadikan sebagai isteriku yang sah. Setelah sekian lama hidup bersendiri, baru aku terfikir untuk mencari pasangan. Tapi, entah mengapa hati Aku belum terbuka sehinggalah pada satu ketika, pintu hati ini terbuka tanpa sedar dengan kedatangan seorang wanita yang bernama "Cahaya Kerinduanku."
P/s (Belum tamat)

Thursday, December 27, 2012
Ketika Cinta Tidak Berjodoh.
Rasa sakit di dalam hati? Ya, sememangnya perkara ini akan berlaku kepada kita ketika kita berharap seseorang akan menemani hidup kita, akan tetapi
takdir berkata lain pula. Hal ini hanya akan membuat rasa kita rasa sakit dan pedih pedih di dalam hati. Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.
Hal ini sudah jelas kerana segala kehidupan, pilihan, hakikat yang berlaku pada kita di tentukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tidak mungkin akan bersama dengan kita. Namun menangislah di saat kita lupa pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Insya Allah, segala rasa perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan digantikan dengan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaran-Nya bahawa Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jangan pernah anggap bahawa putus cinta dengan orang yang kita harapkan sebagai satu bentuk hukuman dari Allah. Sebaliknya, percayalah bahawa ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
ALLAH Subhanahu Wata'ala telah berfirman:
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al Anfal: 63).
P/s: Semoga Allah terus mengurniakan Aku kekuatan hati agar dapat menjauhkan diriku dari menjadi seorang yang mudah bersedih hati tatkala terkenangkan akan apa yang terjadi. Sesungguhnya, Aku redha dengan segala ketetapan dari-Mu Ya Allah. Aku pasrah dengan segala ketentuan yang akan berlaku kepadaku...

![]() |
| Kita hanya mampu merancang tapi Allah Yang Maha Merancang dan Dia Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya... |
Wednesday, December 26, 2012
Well... It's happening again...
Setelah 3 tahun Aku menyepi, menutup pintu hatiku kepada wanita, akhirnya hati ini kembali terdetik setelah terpandangmu "Nur Amina"... Aku cuba selindungkan api keresahan yang berada dalam hati ini, namun akhirnya ku tertewas. Ternyata hati ini telah jatuh kepadamu. Tiap kali beribadat, ku mohon petunjuk dari Ilahi untuk memastikan adakah dikau bakal Zaujah yang selama ini kucari? Bakal Zaujahku yang selama ini sudah tertulis namanya di Luh Mahfuz yang mana diciptakan untuk melengkapi segala kekurangan yang ada pada diriku?
Usaha demi usaha aku lakukan untuk memastikan akan hal ini. Aku sering merujuk kepada ustaz-ustaz dan para mu'allim tentang hal ini. Aku berserah kepada Sang Pencipta untuk membimbing diriku dan memberikan aku akan petunjuk agar aku tidak lagi tersalah jalan seperti tiga tahun lepas. Akhirnya, jawapan kuterima melalui petunjuk dari mimpi dan petunjuk dari sekeliling. Hatiku gembira. Adakah ini jodohku yang sebenar? Andainya benar, aku tidak akan berlengah-lengah lagi dan akan memulakan langkahku demi melengkapkan Imanku dan melaksanakan tuntutan agamaku.
Akhirnya setelah melakukan solat hajat dan istikharah di tengah-tengah malam, Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada dalam diriku dan meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku dihati. Aku melamarnya dengan niat yang penuh ikhlas di hati sehinggakan terketar-ketar jariku, seram sejuk badanku sehingga demam aku dibuatnya. Inilah pertama kali Aku melamar seorang wanita untuk dijadikan zaujahku. Maklum balas darinya ku tunggu... Akhirnya, respons yang diberikan adalah hampir kepada positif. Betapa bersyukurnya diriku kepada Ilahi akan jawaban yang diterima. Sujud syukurku pada-Nya keran mempertemukan aku dengan bakal zaujahku.
Islam tidak mengajar umatnya untuk "bercouple", sebalik mengajar umatnya untuk "berta'aruf" antara satu sama lain dalam mengenal hati budi masing-masing. Aku jaga segala adab-adab yang ada dan cuba mendekati dirinya. Hari demi hari, makin menebal rasa kasih dalam diriku untuk berusaha menjadi seorang zauj yang terbaik dan berusaha untuk menjadikannya sebagai milikku yang sah dengan sebuah ikatan yang suci. Usaha-usahaku adalah untuk menjamin kebaikanku dan kebaikan kami bersama di masa depan yang mendatang.
Dan pada suatu malam, kuterima sebuah mesej darinya. Sebuah kata putus. Ku sangkakan lamaranku diterima kerana respons darinya positif, namun segalanya meleset. Hajat murni dan lamaran dariku ditolak dengan penuh sopan darinya. Tidak pernah aku sangkakan akan hal ini. Namun apakan daya, si dia tidak sudi. Luka dihati kembali berdarah. Yaa... Sememangnya aku berasa amat sedih. Namun andai ini ketetapan dari-Nya melalui jawaban dari si dia, Aku pasrah dan redha dengan kehendak-Mu Ya Allah... Aku sebagai hamba hanya mampu merancang dan Engkaulah yang menentukannya kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...
Dengan apa yang terjadi, aku akhirnya membuat sebuah keputusan demi menjaga hatiku dan cinta terakhirku. Aku akan menutup dan mengunci pintu hatiku buat sekian kalinya untuk wanita. Cukuplah dengan apa yang telah kurasakan dan kualami. Tidak sanggup lagi bagiku untuk melaluinya kerana akhirnya, aku jua yang akan kecewa. Doaku semoga si dia dipertemukan dengan insan yang sebaik dan semurni hatinya kerana si dia seorang yang amat baik budi pekertinya, lemah lembut perlakuannya dan tulus hatinya. Semoga insan yang bakal mendampinginya menjaganya dengan sebaik-baik mungkin dan tidak pernah melukakan dirinya...
I guess, being alone suits me better. Being single for three years indeed made me feels lonely. But, it is better than being with someone who are not meant to be with me. Flying solo does not means that the person weak, it means that person have the strongest wings to go through the toughest storms independently. So, I plan to continue my life by being single, until I met you my future zaujah...
Sunday, October 28, 2012
Bicara Hatiku.
Ya ALLAH....
Seandainya dia diciptakan untukku,
Janganlah Kau pisahkan dia dariku.
Seandainya sudah tertulis dia bukan untukku,
Kau pisahkanlah dia dariku dan tutupkanlah pintu hatiku untuknya.
Aku rela lepaskan dia pergi walaupun hati dirundung derita.
Kurniakanlah kebahagiaan yang melimpah ruah untukku,
Bagiku ubati segala luka yang tersimpan dalam hati.
Demi cinta, aku terpaksa melangkah pergi,
Bersama angin lalu, ku bawa hatiku pergi.
Meskipun hati terseksa dan meraung lagi,
Demi kebahagiaanmu terpaksa ku turuti,
Aku berdoa agar suatu hari nanti,
Kamu temui apa yang kamu cari,
Supaya nanti Kamu akan fahami,
Apakah itu erti CINTA yang sejati.
Supaya suatu hari nanti,
Kamu sendiri akan ketahui,
Bagaimanakah rasanya bila terlalu menyintai,
Dan bagaimanakah pula rasanya bila diri tidak dihargai.
Aku percaya pada takdir ALLAH yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmah disebalik segala yang telah berlaku,
Aku tidak akan mempersoal disebalik ketentuan ini,
Aku juga tak pernah kesal sepanjang mengenali kamu,
Kerana Aku telah bersikap jujur dan ikhlas dalam mengenalimu,
Sewaktu kita masih lagi dalam ikatan janji setia.
Andainya sudah tersurat bahwa kamu bukanlah untukku,
Aku akan belajar untuk pasrah pada ketentuan Ilahi.
Kerana Aku percaya bahawa suatu hati nanti,
Bidadari yang tertulis namanya bersama namaku di Luh Mahfuz,
Akan datang jua untuk mengisi kamar hatiku,
Yang sudah sekian lama tertutup dan dibiarkan sepi.
Dan pabila perkara berkenaan berlaku buatku,
Aku akan tersenyum gembira kerana aku tahu,
Dan Aku yakin bahawa itulah pasangan yang terbaik buatku.

| I will wait for You Dear Love even though it takes me forever to meet You... |
Friday, October 26, 2012
Blog Yang Dah Bersawang.
Assalamualaikum... Hmmm... rasanya macam dah terlalu lama Aku tak 'mengupdate' blog ni. Post yang terakhir pun pada sambutan hari lahir Aku. Bukan sebab malas atau tidak suka menulis, tapi disebabkan oleh Aku yang memilih untuk mendiamkan diri dan memendam segalanya di lubuk hati. Kalau nak ikutkan hati, mahu saja Aku luahkan segalanya kepada Mak. Tapi, Aku tak mahu disebabkan oleh luahan hatiku, Mak jadi risau dengan keadaan Anak Lelaki Tengah dia ni. Kak Long pulak selalu mengingatkan Aku bahawa anak lelaki harus 'keras hati'. Walau apa pun yang terjadi, Aku tidak boleh patah semangat (walaupun dalam hati aku remuk-redam). Semuanya kerana Aku anak lelaki dan Aku adalah sumber kekuatan Mak dan Ayah Aku.
Tahun ini sahaja, dah beberapa kali Aku menitiskan air mata. Salah satu daripadanya disebabkan oleh kejutan terhadap peristiwa yang telah menimpa Ayah. Bulan Februari, Aku dikejutkan dengan sebuah panggilan daripada Kak Long bahawa Ayah dimasukkan kedalam unit kecemasan disebabkan oleh kemalangan yang menimpa Ayah. Waktu itu, Ayah baru sahaja pulang dari 'barroh' atau dalam bahasa baku dipanggil sawah padi. Sewaktu Ayah melalui jalan Kg. Alor Lintang (berhadapan dengan Stesyen Minyak Caltex), motor Honda yang ditunggangi Ayah telah dilanggar oleh sebuah kereta Kancil merah yang membelok secara mengejut tanpa memberi sebarang lampu isyarat. Hancur hati Aku bila mendengar berita tersebut. Walaupun Aku selalu menunjukkan imej yang kasar dan tegas, hakikatnya hati Aku sangat halus. Aku hampir pitam bila mendengar perkhabaran buruk daripada Kak Long sambil menangis teresak-esak. Dan pada masa itulah Aku dimarahi kerana tak berupaya mengawal perasaan sedih hanya kerana Aku seorang lelaki. Benar... Aku adalah lelaki yang berhati lembut. Mak juga turut mengakuinya dan pernah memberitahuku;
"Anok Mok hok ni napok jah kasar kat luar, tapi hati lembut mace hati ore pue... Jiwo halus jah."
"Anok Mok hok ni napok jah kasar kat luar, tapi hati lembut mace hati ore pue... Jiwo halus jah."
Mungkin kerana Aku ni Anak Mak, maka Aku turut mewarisi kelembutan hati Mak. Kesan daripada kemalangan tu, Ayah mendapat 36 jahitan dalam mulut kerana bibir Ayah terkoyak. Itu hanya di dalam mulut sahaja! Belum lagi dikira dengan jahitan di hidung dan dahi Ayah. Jumlahnya lebih daripada 50 jahitan! Bayangkan laa... hati anak mana yang tak luluh bila mendengar kesakitan yang ditanggung oleh Ayahnya. Luluh macam mana pun hati Aku, Aku tetap dipaksa untuk menelan kesemuanya dan menyimpannya dalam hati kerana Aku ANAK LELAKI.
![]() | |||
| Gambar yang diambil selepas Ayah dibenarkan keluar dari Hospital. Hatiku menangis bilamana melihat penderitaan Ayah. |
Selain daripada perkara ini, banyak lagi peristiwa yang telah berlaku dalam kehidupanku yang mana telah mencorakkan hidupku. Ada diantaranya pahit, tak kurang juga yang manis yang mampu memberikan Aku senyuman. Insya Allah jikalau ada kesempatan, Aku akan luahkannya di dalam blog ni. Itupun kalau Aku rajin nak meluahkan perasaan. Huhuhu...
Sunday, January 1, 2012
Happy New Year & HAPPY BIRTHDAY NAZMI!!!!
Tepat jam 12 tengah malam, terdengarlah bunyi dentuman-dentuman ala-ala serangan tentera Jepun ke Tanah Melayu. Tp kali ni serangan ini lebih berbentuk kepada hiburan dan bukannya penaklukan ataupun yang membawa kepada pertumpahan darah manusia. Sorakan manusia bergema disamping selang-seli bunyi dentuman mercun menandakan bermulanya tahun 2012 menggantikan tahun 2011.
Saat ini, pelbagai kenangan demi kenangan mulai terlintas disudut minda, hati dan sanubariku. Apa-apa pun, Aku berharap agar tahun 2012 ni membawa lebih banyak kenangan dan kebaikan buat diriku bagi menggantikan pelbagai kenagan-kenangan sedih pada tahun yang sebelumnya. Tahun 2010 menjadi tahun kesedihan bagiku manakala tahun 2011 menjadi tahun bagiku untuk mengenal erti sebuah kehidupan disamping mencari kekuatan bagi mengatasi kesedihan dan keperitan yang Aku alami pada tahun sebelumnya. Dalam masa yang sama, Aku tetap tidak putus-putus berdoa agar dipertemukan dengan jodohku yang sebenar. Cukup laa untuk kali ini sahaja hati ini dilukakan, dikecewakan dan dipermainkan oleh wanita. Kesetiaan aku yang tak berbelah bahagi dibalas dengan kecurangan yang tak aku jangkakan. Akibatnya, aku merana sendiri. Kesan daripada peristiwa ni, Aku mula menjauhkan diri daripada perempuan. Bilamana ada kursus ataupun program yang melibatkan Aku untuk sekumpulan dengan perempuan, Aku akan berusaha untuk mengelak dan menjauhkan diri daripada mereka. Hanya ada beberapa golongan perempuan sahaja yang Aku tidak akan mengelak. Antaranya ialah kawan-kawan baikku yang ku kenali dalam tempoh masa yang lama, golongan makcik-makcik atau kakak-kakak yang lebih tua daripadaku dan juga guru-guruku. Serius Aku SERIK nak rapat lagi dengan perempuan yang hampir sebaya dengan Aku.
Sambil-sambil menaip ni, Aku sebenarnya menunggu jam untuk menunjukkan pukul 12.30pagi. Kenapa mesti 12.30pagi? Jawapannya adalah kerana Aku telah dilahirkan tepat pada jam 12.30pagi pada 1 Januari 1987. Alhamdulillah... Sekali lagi Allah memanjangkan umurku untuk menyambut kelahiran Aku yang ke-25. Dah tua dah Aku ni. Hahaha!!! Jap lagi nak buat solat hajat & baca Yaasin sempena menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-25. Buat manusia-manusia yang sibuk duduk menjerit-jerit dan enjoy sempena tahun baru ni, bawak-bawak laa bertaubat ye. Ada faedahnya kalau kalian semua pergi menghadirkan diri ke ceramah Ustaz Azhar Idrus. Banyak jugak manafaatnya. Lagipun banyak lagi artis-artis yang telah berubah kearah kebaikan hadir sama dalam sambutan Tahun Baru bersama Ustaz Azhar ni seperti Abang Sham Kamikaze & Zizan Raja Lawak. Kalau laa Aku ada kat Selangor (Shah Alam), kompom Aku gi dah sana! Hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)