Sunday, October 28, 2012

Bicara Hatiku.

Ya ALLAH....

Seandainya dia diciptakan untukku,
Janganlah Kau pisahkan dia dariku.

Seandainya sudah tertulis dia bukan untukku,
Kau pisahkanlah dia dariku dan tutupkanlah pintu hatiku untuknya.

Aku rela lepaskan dia pergi walaupun hati dirundung derita.
Kurniakanlah kebahagiaan yang melimpah ruah untukku,
Bagiku ubati segala luka yang tersimpan dalam hati.

Demi cinta, aku terpaksa melangkah pergi,

Bersama angin lalu, ku bawa hatiku pergi.
Meskipun hati terseksa dan meraung lagi,
Demi kebahagiaanmu terpaksa ku turuti,

Aku berdoa agar suatu hari nanti,
Kamu temui apa yang kamu cari,
Supaya nanti Kamu akan fahami,
Apakah itu erti CINTA yang sejati.
 

Supaya suatu hari nanti,
Kamu sendiri akan ketahui,
Bagaimanakah rasanya bila terlalu menyintai,
Dan bagaimanakah pula rasanya bila diri tidak dihargai.
 

Aku percaya pada takdir ALLAH yang mempertemukan kita,
Aku tahu ada hikmah disebalik segala yang telah berlaku,
Aku tidak akan mempersoal disebalik ketentuan ini,
Aku juga tak pernah kesal sepanjang mengenali kamu,

Kerana Aku telah bersikap jujur dan ikhlas dalam mengenalimu,
Sewaktu kita masih lagi dalam ikatan janji setia.
Andainya sudah tersurat bahwa kamu bukanlah untukku,
Aku akan belajar untuk pasrah pada ketentuan Ilahi.
Kerana Aku percaya bahawa suatu hati nanti,
Bidadari yang tertulis namanya bersama namaku di Luh Mahfuz,
Akan datang jua untuk mengisi kamar hatiku,
Yang sudah sekian lama tertutup dan dibiarkan sepi.
Dan pabila perkara berkenaan berlaku buatku,
Aku akan tersenyum gembira kerana aku tahu,
Dan Aku yakin bahawa itulah pasangan yang terbaik buatku.  


I will wait for You Dear Love even though it takes me forever to meet You...

Friday, October 26, 2012

Blog Yang Dah Bersawang.

          Assalamualaikum... Hmmm... rasanya macam dah terlalu lama Aku tak 'mengupdate' blog ni. Post yang terakhir pun pada sambutan hari lahir Aku. Bukan sebab malas atau tidak suka menulis, tapi disebabkan oleh Aku yang memilih untuk mendiamkan diri dan memendam segalanya di lubuk hati. Kalau nak ikutkan hati, mahu saja Aku luahkan segalanya kepada Mak. Tapi, Aku tak mahu disebabkan oleh luahan hatiku, Mak jadi risau dengan keadaan Anak Lelaki Tengah dia ni. Kak Long pulak selalu mengingatkan Aku bahawa anak lelaki harus 'keras hati'. Walau apa pun yang terjadi, Aku tidak boleh patah semangat (walaupun dalam hati aku remuk-redam). Semuanya kerana Aku anak lelaki dan Aku adalah sumber kekuatan Mak dan Ayah Aku.

          Tahun ini sahaja, dah beberapa kali Aku menitiskan air mata. Salah satu daripadanya disebabkan oleh kejutan terhadap peristiwa yang telah menimpa Ayah. Bulan Februari, Aku dikejutkan dengan sebuah panggilan daripada Kak Long bahawa Ayah dimasukkan kedalam unit kecemasan disebabkan oleh kemalangan yang menimpa Ayah. Waktu itu, Ayah baru sahaja pulang dari 'barroh' atau dalam bahasa baku dipanggil sawah padi. Sewaktu Ayah melalui jalan Kg. Alor Lintang (berhadapan dengan Stesyen Minyak Caltex), motor Honda yang ditunggangi Ayah telah dilanggar oleh sebuah kereta Kancil merah yang membelok secara mengejut tanpa memberi sebarang lampu isyarat. Hancur hati Aku bila mendengar berita tersebut. Walaupun Aku selalu menunjukkan imej yang kasar dan tegas, hakikatnya hati Aku sangat halus. Aku hampir pitam bila mendengar perkhabaran buruk daripada Kak Long sambil menangis teresak-esak. Dan pada masa itulah Aku dimarahi kerana tak berupaya mengawal perasaan sedih hanya kerana Aku seorang lelaki. Benar... Aku adalah lelaki yang berhati lembut. Mak juga turut mengakuinya dan pernah memberitahuku;
"Anok Mok hok ni napok jah kasar kat luar, tapi hati lembut mace hati ore pue... Jiwo halus jah."

          Mungkin kerana Aku ni Anak Mak, maka Aku turut mewarisi kelembutan hati Mak. Kesan daripada kemalangan tu, Ayah mendapat 36 jahitan dalam mulut kerana bibir Ayah terkoyak. Itu hanya di dalam mulut sahaja! Belum lagi dikira dengan jahitan di hidung dan dahi Ayah. Jumlahnya lebih daripada 50 jahitan! Bayangkan laa... hati anak mana yang tak luluh bila mendengar kesakitan yang ditanggung oleh Ayahnya. Luluh macam mana pun hati Aku, Aku tetap dipaksa untuk menelan kesemuanya dan menyimpannya dalam hati kerana Aku ANAK LELAKI.
Gambar yang diambil selepas Ayah dibenarkan keluar dari Hospital. Hatiku menangis bilamana melihat penderitaan Ayah.


          
          Selain daripada perkara ini, banyak lagi peristiwa yang telah berlaku dalam kehidupanku yang mana telah mencorakkan hidupku. Ada diantaranya pahit, tak kurang juga yang manis yang mampu memberikan Aku senyuman. Insya Allah jikalau ada kesempatan, Aku akan luahkannya di dalam blog ni. Itupun kalau Aku rajin nak meluahkan perasaan. Huhuhu...