Monday, December 31, 2012

Menutup Tirai Tahun 2012.

     Hmmmm.... saat 2012 semakin melabuhkan tirainya, Aku kembali termangu disini. Mengenang kembali akan kisah-kisah dan kejadian-kejadian yang telah berlaku padaku. Ada diantaranya membawa kemanisan dalam kehidupanku, dan ada jua yang memberikan kepahitan kepadaku. Walau bagaimanapun, ku anggap semua itu sebagai asam garam kehidupan yang norma dan biasa ditempuhi oleh setiap insan di muka bumi ini.

     Mengimbau kembali saat 2012, teringat Aku pada pengalamanku di hantar posting ke SJKC Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor. 16 Januari menjadi tarikh keramat tatkala saat itu, Aku mula melaporkan diri di sekolah. Dengan keadaan yang serba kekurangan, tiada tempat bermalam dan tiada kenderaan untuk menuju ke sekolah, Allah telah mengurniakan insan-insan yang baik dan sudi membantu Aku bagi memulakan kehidupan sebenarku. Abg Wan & Kak Ta memberi pertolongan untuk Aku menyelesaikan urusan melapor diri di sek. Kawanku (Fathudin) pula membantu memberi tempat bagiku berteduh dan kenderaan untuk kegunaan harianku ke sekolah. Jasa kalian tidak akan Aku lupakan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik dan budi kalian.

     Selain daripada itu, teringat jua aku pada azam tahun baruku dimana Aku berniat untuk mencari pasangan hatiku atau dalam erti kata lain, tulang rusuk kiriku yang "hilang" untuk dilamar dan dijadikan sebagai isteriku yang sah. Setelah sekian lama hidup bersendiri, baru aku terfikir untuk mencari pasangan. Tapi, entah mengapa hati Aku belum terbuka sehinggalah pada satu ketika, pintu hati ini terbuka tanpa sedar dengan kedatangan seorang wanita yang bernama "Cahaya Kerinduanku."

P/s (Belum tamat)

No comments:

Post a Comment