Monday, December 31, 2012

Menutup Tirai Tahun 2012.

     Hmmmm.... saat 2012 semakin melabuhkan tirainya, Aku kembali termangu disini. Mengenang kembali akan kisah-kisah dan kejadian-kejadian yang telah berlaku padaku. Ada diantaranya membawa kemanisan dalam kehidupanku, dan ada jua yang memberikan kepahitan kepadaku. Walau bagaimanapun, ku anggap semua itu sebagai asam garam kehidupan yang norma dan biasa ditempuhi oleh setiap insan di muka bumi ini.

     Mengimbau kembali saat 2012, teringat Aku pada pengalamanku di hantar posting ke SJKC Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor. 16 Januari menjadi tarikh keramat tatkala saat itu, Aku mula melaporkan diri di sekolah. Dengan keadaan yang serba kekurangan, tiada tempat bermalam dan tiada kenderaan untuk menuju ke sekolah, Allah telah mengurniakan insan-insan yang baik dan sudi membantu Aku bagi memulakan kehidupan sebenarku. Abg Wan & Kak Ta memberi pertolongan untuk Aku menyelesaikan urusan melapor diri di sek. Kawanku (Fathudin) pula membantu memberi tempat bagiku berteduh dan kenderaan untuk kegunaan harianku ke sekolah. Jasa kalian tidak akan Aku lupakan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik dan budi kalian.

     Selain daripada itu, teringat jua aku pada azam tahun baruku dimana Aku berniat untuk mencari pasangan hatiku atau dalam erti kata lain, tulang rusuk kiriku yang "hilang" untuk dilamar dan dijadikan sebagai isteriku yang sah. Setelah sekian lama hidup bersendiri, baru aku terfikir untuk mencari pasangan. Tapi, entah mengapa hati Aku belum terbuka sehinggalah pada satu ketika, pintu hati ini terbuka tanpa sedar dengan kedatangan seorang wanita yang bernama "Cahaya Kerinduanku."

P/s (Belum tamat)

Thursday, December 27, 2012

Ketika Cinta Tidak Berjodoh.

     Rasa sakit di dalam hati? Ya, sememangnya perkara ini akan berlaku kepada kita ketika kita berharap seseorang akan menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain pula. Hal ini hanya akan membuat rasa kita rasa sakit dan pedih pedih di dalam hati. Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.
 

     Hal ini sudah jelas kerana segala kehidupan, pilihan, hakikat yang berlaku pada kita di tentukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tidak mungkin akan bersama dengan kita. Namun menangislah di saat kita lupa pada Allah Subhanahu Wata'ala.

     Insya Allah, segala rasa perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan digantikan dengan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaran-Nya bahawa Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jangan pernah anggap bahawa putus cinta dengan orang yang kita harapkan sebagai satu bentuk hukuman dari Allah. Sebaliknya, percayalah bahawa ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

      ALLAH Subhanahu Wata'ala telah berfirman:
"
Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al Anfal: 63).

 P/s: Semoga Allah terus mengurniakan Aku kekuatan hati agar dapat menjauhkan diriku dari menjadi seorang yang mudah bersedih hati tatkala terkenangkan akan apa yang terjadi. Sesungguhnya, Aku redha dengan segala ketetapan dari-Mu Ya Allah. Aku pasrah dengan segala ketentuan yang akan berlaku kepadaku...

Kita hanya mampu merancang tapi Allah Yang Maha Merancang dan Dia Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya...

Wednesday, December 26, 2012

Well... It's happening again...



     Setelah 3 tahun Aku menyepi, menutup pintu hatiku kepada wanita, akhirnya hati ini kembali terdetik setelah terpandangmu "Nur Amina"... Aku cuba selindungkan api keresahan yang berada dalam hati ini, namun akhirnya ku tertewas. Ternyata hati ini telah jatuh kepadamu. Tiap kali beribadat, ku mohon petunjuk dari Ilahi untuk memastikan adakah dikau bakal Zaujah yang selama ini kucari? Bakal Zaujahku yang selama ini sudah tertulis namanya di Luh Mahfuz yang mana diciptakan untuk melengkapi segala kekurangan yang ada pada diriku?

     Usaha demi usaha aku lakukan untuk memastikan akan hal ini. Aku sering merujuk kepada ustaz-ustaz dan para mu'allim tentang hal ini. Aku berserah kepada Sang Pencipta untuk membimbing diriku dan memberikan aku akan petunjuk agar aku tidak lagi tersalah jalan seperti tiga tahun lepas. Akhirnya, jawapan kuterima melalui petunjuk dari mimpi dan petunjuk dari sekeliling. Hatiku gembira. Adakah ini jodohku yang sebenar? Andainya benar, aku tidak akan berlengah-lengah lagi dan akan memulakan langkahku demi melengkapkan Imanku dan melaksanakan tuntutan agamaku.

     Akhirnya setelah melakukan solat hajat dan istikharah di tengah-tengah malam, Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada dalam diriku dan meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku dihati. Aku melamarnya dengan niat yang penuh ikhlas di hati sehinggakan terketar-ketar jariku, seram sejuk badanku sehingga  demam aku dibuatnya. Inilah pertama kali Aku melamar seorang wanita untuk dijadikan zaujahku. Maklum balas darinya ku tunggu... Akhirnya, respons yang diberikan adalah hampir kepada positif. Betapa bersyukurnya diriku kepada Ilahi akan jawaban yang diterima. Sujud syukurku pada-Nya keran mempertemukan aku dengan bakal zaujahku.

     Islam tidak mengajar umatnya untuk "bercouple", sebalik mengajar umatnya untuk "berta'aruf" antara satu sama lain dalam mengenal hati budi masing-masing. Aku jaga segala adab-adab yang ada dan cuba mendekati dirinya. Hari demi hari, makin menebal rasa kasih dalam diriku untuk berusaha menjadi seorang zauj yang terbaik dan berusaha untuk menjadikannya sebagai milikku yang sah dengan sebuah ikatan yang suci. Usaha-usahaku adalah untuk menjamin kebaikanku dan kebaikan kami bersama di masa depan yang mendatang.

     Dan pada suatu malam, kuterima sebuah mesej darinya. Sebuah kata putus. Ku sangkakan lamaranku diterima kerana respons darinya positif, namun segalanya meleset. Hajat murni dan lamaran dariku ditolak dengan penuh sopan darinya. Tidak pernah aku sangkakan akan hal ini. Namun apakan daya, si dia tidak sudi. Luka dihati kembali berdarah. Yaa... Sememangnya aku berasa amat sedih. Namun andai ini ketetapan dari-Nya melalui jawaban dari si dia, Aku pasrah dan redha dengan kehendak-Mu Ya Allah... Aku sebagai hamba hanya mampu merancang dan Engkaulah yang menentukannya kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...

     Dengan apa yang terjadi, aku akhirnya membuat sebuah keputusan demi menjaga hatiku dan cinta terakhirku. Aku akan menutup dan mengunci pintu hatiku buat sekian kalinya untuk wanita. Cukuplah dengan apa yang telah kurasakan dan kualami. Tidak sanggup lagi bagiku untuk melaluinya kerana akhirnya, aku jua yang akan kecewa. Doaku semoga si dia dipertemukan dengan insan yang sebaik dan semurni hatinya kerana si dia seorang yang amat baik budi pekertinya, lemah lembut perlakuannya dan tulus hatinya. Semoga insan yang bakal mendampinginya menjaganya dengan sebaik-baik mungkin dan tidak pernah melukakan dirinya...

     I guess, being alone suits me better. Being single for three years indeed made me feels lonely. But, it is better than being with someone who are not meant to be with me. Flying solo does not means that the person weak, it means that person have the strongest wings to go through the toughest storms independently. So, I plan to continue my life by being single, until I met you my future zaujah...