Thursday, August 25, 2011

Jawapan Yang Sesuai Bila Ditanya Perihal Perkahwinan.

  • Kenapa lambat?
         Kerana Allah mengetahui masa yang terbaik untukku.

  • Dah berpunya?
         Ya... kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh mereka masing-masing.

  • Siapa?
         Nanti akan diperkenalkan.

  • Bila?
         Bila kami sudah diijabkabulkan oleh-Nya. Insya Allah... Jemputlah datang ke walimatulurus nanti.


P/s: Janganlah selalu kita bertanya bila seseorang itu hendak berkahwin kerana semua rahsianya terletak dalam kekuasaan ALLAH. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu merancang, tetapi Allah sahaja yang menentukannya. Tiba masanya, semua hal itu akan dibongkarkan jua.

Thursday, August 11, 2011

6 Golongan Perempuan Yang Jangan Dijadikan Sebagai Isteri.

Panduan buat semua Kaum Adam yang ingin mencari pasangan Isteri. Jika ingin mencari calon Isteri, carilah Wanita yang beragama dan berakhlak. Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan wanita yang mempunyai sifat-sifat seperti di bawah :

1. Al-Ananah
Wanita yang banyak mengeluh. Contohnya, apa saja yang diberi, tidak pernah mencukupi. Bagi kereta tak cukup, rumah tak cukup dan barang kemas menimbun pun masih tak cukup.

2. Al-Mananah
Perempuan yang banyak mengungkit pada suaminya. Contohnya, "Selama ni, duit belanja anak-anak, saya yang bagi". "Mesin basuh tu beli pakai duit saya!"

3. Al-Hunanah
Perempuan yang ingin kepada suami yang lain. Contohnya, dia berkenan bila tengok lelaki lain dan inginkannya.

4. Al-Hudaqah
Perempuan yang gemar terhadap sesuatu lalu memaksa suaminya melakukannya.
Contoh, jika dia nak kereta baru, dia paksa suaminya belikan walau apa cara sekalipun.

5. Al-Buraqah
Perempuan yang sibuk bersolek tanpa mempedulikan amalan-amalan yang lain.
Contohnya, asyik mekap, mengilat kuku, sapu losyen sampai tak solat, tak buat kerja rumah dan tidak mempedulikan suami.

6. Al-Salaqah
Wanita yang banyak bercakap. Asyik nak berleter saja 24 jam. Sikit-sikit nak memekak. Dahla cakap kuat macam duduk jauh sebatu je jaraknya.

Sumber: Ustaz Kazim Elias
Kitab Pengajian: Kitab Muhimmah.