Tuesday, January 1, 2013

1 Januari 2013, Suatu Detik Permulaan.

     Alhamdulillah... Tepat pada jam 12.30 malam pada 1 Januari 2013, genaplah umurku yang ke-26 tahun. Ucapan syukur yang tidak terkira kerana masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-26. Terima kasih Mak kerana melahirkan Mie ke dunia ini. Segala penat lelah yang Mak Ayah lalui untuk menjaga, membesarkan dan mendidik Mie selama ini, tidak mampu Mie membalasnya walaupun dengan mengorbankan nyawa Mie sekalipun. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala kebaikan Mak Ayah dan hanya Allah sahaja tahu betapa sayangnya Mie pada Mak dengan Ayah walaupun Mie jarang menunjukkan perasaan Mie sebab Mie memang tidak pandai meluahkan perasaan. Tahu simpan je dalam hati. Hehehe...

     Seperti biasa, Aku meraikan sambutan ulangtahun kelahiran Aku dengan membaca surah Yaasin sebagai tanda syukur kepada Sang Pencipta. Baca pun perlahan je sebab housemate Aku dah tidur. Kalau baca kuat-kuat kang, tersedar pulak si Iqmal ni. Tak pun takut jiran sebelah terkejut dan fikir yang bukan-bukan pulak bila dengar orang mengaji surah Yaasin di tengah-tengah malam buta. Dah laa kawasan tempat tinggal Aku yang sekarang ini agak sunyi pada waktu malam.

     Bermulanya tahun ini, pada saat Aku genap 26 tahun, maka pelbagai azam dan impian yang aku rancangkan dan ingin aku kecapi pada tahun ini. Salah satu daripadanya ialah Aku akan menutup pintu hatiku kepada wanita. Setelah 3 tahun hidup berseorangan tanpa teman istimewa, hati Aku terdetik semula untuk terbuka. Setelah lamaran Aku berikan, akhirnya penolakan yang Aku terima. Mungkin hadirnya "Cahaya Kerinduanku" dalam hidupku untuk mengingatkan Aku tentang keindahan sebuah hubungan cinta yang ingin dibawa ke jinjang pelamin.Tapi yang Aku alami kemudiannya adalah perasaan sedih dan kecewa yang mana mengingatkan Aku kepada kata-kata Abang Usrahku bahawa semua itu adalah ujian daripada Allah yang mempunyai hikmahnya yang tersendiri.


P/s: Belum tamat jugak.

No comments:

Post a Comment