Hal ini sudah jelas kerana segala kehidupan, pilihan, hakikat yang berlaku pada kita di tentukan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tidak mungkin akan bersama dengan kita. Namun menangislah di saat kita lupa pada Allah Subhanahu Wata'ala.
Insya Allah, segala rasa perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan digantikan dengan keindahan kelak. Percayalah pada kebesaran-Nya bahawa Dia lebih mengetahui mana yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Jangan pernah anggap bahawa putus cinta dengan orang yang kita harapkan sebagai satu bentuk hukuman dari Allah. Sebaliknya, percayalah bahawa ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
ALLAH Subhanahu Wata'ala telah berfirman:
"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Al Anfal: 63).
P/s: Semoga Allah terus mengurniakan Aku kekuatan hati agar dapat menjauhkan diriku dari menjadi seorang yang mudah bersedih hati tatkala terkenangkan akan apa yang terjadi. Sesungguhnya, Aku redha dengan segala ketetapan dari-Mu Ya Allah. Aku pasrah dengan segala ketentuan yang akan berlaku kepadaku...
![]() |
| Kita hanya mampu merancang tapi Allah Yang Maha Merancang dan Dia Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya... |

No comments:
Post a Comment