Wednesday, December 26, 2012

Well... It's happening again...



     Setelah 3 tahun Aku menyepi, menutup pintu hatiku kepada wanita, akhirnya hati ini kembali terdetik setelah terpandangmu "Nur Amina"... Aku cuba selindungkan api keresahan yang berada dalam hati ini, namun akhirnya ku tertewas. Ternyata hati ini telah jatuh kepadamu. Tiap kali beribadat, ku mohon petunjuk dari Ilahi untuk memastikan adakah dikau bakal Zaujah yang selama ini kucari? Bakal Zaujahku yang selama ini sudah tertulis namanya di Luh Mahfuz yang mana diciptakan untuk melengkapi segala kekurangan yang ada pada diriku?

     Usaha demi usaha aku lakukan untuk memastikan akan hal ini. Aku sering merujuk kepada ustaz-ustaz dan para mu'allim tentang hal ini. Aku berserah kepada Sang Pencipta untuk membimbing diriku dan memberikan aku akan petunjuk agar aku tidak lagi tersalah jalan seperti tiga tahun lepas. Akhirnya, jawapan kuterima melalui petunjuk dari mimpi dan petunjuk dari sekeliling. Hatiku gembira. Adakah ini jodohku yang sebenar? Andainya benar, aku tidak akan berlengah-lengah lagi dan akan memulakan langkahku demi melengkapkan Imanku dan melaksanakan tuntutan agamaku.

     Akhirnya setelah melakukan solat hajat dan istikharah di tengah-tengah malam, Aku kumpulkan segala kekuatan yang ada dalam diriku dan meluahkan perasaan yang sekian lama terbuku dihati. Aku melamarnya dengan niat yang penuh ikhlas di hati sehinggakan terketar-ketar jariku, seram sejuk badanku sehingga  demam aku dibuatnya. Inilah pertama kali Aku melamar seorang wanita untuk dijadikan zaujahku. Maklum balas darinya ku tunggu... Akhirnya, respons yang diberikan adalah hampir kepada positif. Betapa bersyukurnya diriku kepada Ilahi akan jawaban yang diterima. Sujud syukurku pada-Nya keran mempertemukan aku dengan bakal zaujahku.

     Islam tidak mengajar umatnya untuk "bercouple", sebalik mengajar umatnya untuk "berta'aruf" antara satu sama lain dalam mengenal hati budi masing-masing. Aku jaga segala adab-adab yang ada dan cuba mendekati dirinya. Hari demi hari, makin menebal rasa kasih dalam diriku untuk berusaha menjadi seorang zauj yang terbaik dan berusaha untuk menjadikannya sebagai milikku yang sah dengan sebuah ikatan yang suci. Usaha-usahaku adalah untuk menjamin kebaikanku dan kebaikan kami bersama di masa depan yang mendatang.

     Dan pada suatu malam, kuterima sebuah mesej darinya. Sebuah kata putus. Ku sangkakan lamaranku diterima kerana respons darinya positif, namun segalanya meleset. Hajat murni dan lamaran dariku ditolak dengan penuh sopan darinya. Tidak pernah aku sangkakan akan hal ini. Namun apakan daya, si dia tidak sudi. Luka dihati kembali berdarah. Yaa... Sememangnya aku berasa amat sedih. Namun andai ini ketetapan dari-Nya melalui jawaban dari si dia, Aku pasrah dan redha dengan kehendak-Mu Ya Allah... Aku sebagai hamba hanya mampu merancang dan Engkaulah yang menentukannya kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...

     Dengan apa yang terjadi, aku akhirnya membuat sebuah keputusan demi menjaga hatiku dan cinta terakhirku. Aku akan menutup dan mengunci pintu hatiku buat sekian kalinya untuk wanita. Cukuplah dengan apa yang telah kurasakan dan kualami. Tidak sanggup lagi bagiku untuk melaluinya kerana akhirnya, aku jua yang akan kecewa. Doaku semoga si dia dipertemukan dengan insan yang sebaik dan semurni hatinya kerana si dia seorang yang amat baik budi pekertinya, lemah lembut perlakuannya dan tulus hatinya. Semoga insan yang bakal mendampinginya menjaganya dengan sebaik-baik mungkin dan tidak pernah melukakan dirinya...

     I guess, being alone suits me better. Being single for three years indeed made me feels lonely. But, it is better than being with someone who are not meant to be with me. Flying solo does not means that the person weak, it means that person have the strongest wings to go through the toughest storms independently. So, I plan to continue my life by being single, until I met you my future zaujah...

No comments:

Post a Comment