Wednesday, July 13, 2011

Khas Buatmu Wahai Pemilik Tulang Rusuk Kiri Ku... =)

Satu ketika Aku bertanya..

Sudikah Kau menjadi Makmum
disetiap solatku
agar solatku lebih bermakna
dan terjaga hendaknya
 
Sudikah Kau menjadi Penjaga
untuk diri dan maruahku
yang tegar menjaga diriku
agar hidupku lebih tenang dan bahagia

Sudikah Kau menjadi Pendidik
untuk hati dan jiwaku
agar rohaniku terisi dengan hikmah-Nya
dan akhlakku terjaga hendaknya

Sudikah Kau menjadi Pemerhati
di setiap gerak dan langkahku
agar Aku tahu dimana
salah dan buruk lakuku
 
Sudikah Kau menjadi Peneman
di kala suka dan dukaku
agar satu hari, jika ujian itu datang
air mataku dapat dihapuskan olehmu

Sudikah Kau menjadi Pembela
buat diri dan Agamaku
agar aku terus berada
di atas jalan-Nya yang benar

Sudikah Kau menjadi Penggerak
buat semangatku...
agar bila Aku kelesuan
Kau mampu memberi bantuan
walau hanya sekadar senyuman =)
 
Sudikah Kau menjadi Sahabat
mendengar segala luahan hatiku
agar Aku boleh berbicara apa saja denganmu
tanpa sebarang rasa ragu

Sudikah Kau menjadi Penghibur
tika Aku kesunyian
menghiasi hariku yang muram
agar Aku boleh ketawa riang


.................................................


Satu ketika Engkau pula menjawab...

Ya, Aku sudi..Kerana Kau pilihanku oleh ILLAHI
dan Kau juga memilihku kerana petunjuk Ya RABBI

Tetapi,
Aku kembalikan soalan ini kepadamu...

Sudikah Kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?
Jika Aku sudah tidak seperti dulu?

Sudikah Kau pula menjadi
Imam, Penjaga, Pendidik
Pemerhati, Peneman, Pembela
Penggerak, Sahabat dan Penghiburku

Jika suatu ketika nanti
Aku sudah tidak mampu lagi menjadi
Makmum di setiap solatmu..

Jika aku sudah tidak mampu lagimenjagamu,
menemanimu
memerhatikanmu,
mendidikmu
membelamu,
menggerakkanmu,
menjadi sahabatmu dan
menghiburkanmu

Sudikah Kamu wahai ...................?
Aku percaya Kau masih sudi..
"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI"
"dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk Ya RABBI"

.........................................................................

Bingkisan Khas Untuk Pemilik Tulang Rusuk Kiri Ku...
(Yang sampai sekarang tidak Ku ketahui)      

Aku berdoa agar suatu hari nanti Kita dipertemukan...
Aku selalu berdoa agar diri Mu sntiasa berada dalam lindungan Ilahi dan
dijauhkan drp segala keburukan atau perkara yg tidak diingini...
Aku sentiasa menantikan kehadiran Mu dalam hidupku dan akan tabah
meneruskan kehidupanku walaupun tanpa dirimu disaat ini.
Percayalah pada janji Allah bahawasanya Kita berdua akan dipertemukan dan
disatukan oleh jodoh anugerah Ilahi...
Pada saat dan ketika itu,
Kamu akan mengenali hati budi Ku dan siapakah diri Ku yang sebenarnya...
Aku akan sentiasa menunggu Mu duhai Pemilik Tulang Rusuk Kiri Ku...  =)


Tuesday, July 12, 2011

LOVE and HURT

Sometimes, We'll get hurt even though We don't deserve it.
Especially when We are so deep in love.
To the person who caused this hurt,
Don't You know how much the damaged,
That You had caused to My Life?
Cause I can't even explain it in words,
To those who always being around with Me.

All what I've learned,
Is to live and bear with it.
To smile, to eat, to sleep,
To talk and also to play,
Like nothing bad ever happened to Me.
And I can't even talk about it with anyone,
As I'm the only one who understand,
How much alone I am with this pain.

You leave Me,
You leave Our world,
May Allah let Us meet one day My Love...
And what's more important,
You leave Me here all alone,
While You yourself enjoying Your new life,
With Him who You betrayed Me for.

But this isn't forever,
With time passes by,
The pain shall slowly goes away.
And the bright Moon shall comes back again,
To light up the sky in the darkest of night.

And one fine day ...
May the BEST PERSON comes to Me
Knocking My Heart's lonely door,
And erase all the pains inside of Me,
To bring My Heart back to life.

May Allah grants Me My wishes,
To have someones whose Her beautiful,
Showed not only on her face,
But also through her loyal and loving heart,
As I will cherish Her,
And love Her with all My Heart...

Setelah sekian lama...

Alhamdulillah... Setelah sekian lama kiranya Aku tidak menulis dalam Blues Anok Ganu, kali ini Allah memberikan kelapangan masa dan fikiran untuk Aku kembali menulis blog. Insya Allah, akan Aku gunakan kesempatan yang ada ini untuk meluahkan segala perkara yang telah lama terbuku di dalam benak fikiranku ini...

Saturday, January 1, 2011

Asal-usul Ustard Blues…


Peristiwa ni bermula sewaktu hari pertama Aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (TMS) selepas mendaftar masuk ke kelas 404.  Seperti kebiasaan, bila dah masuk ke tempat belajar yang baru, ramai la pelajar-pelajar mula nak berkenalan dengan Aku. Baik lelaki mahupun perempuan, kesemuanya bertanya macam-macam tentang Aku. Dari sekolah mana la, tinggal dimana la, alasan bertukar sekolah dan lain-lain lagi. Tapi Aku tetap tenang menjawab satu-persatu persoalan yang diutarakan. Biarpun dalam hati ni rasa macam-macam, Aku tetap tenang sebab Aku tahu ramai pelajar  di sekolah ni terdiri daripada kawan-kawan lama sekolah rendah ku.
 Tak lama kemudian, tibalah sesi pengajaran dan pembelajaran dan subjek pertama pada waktu tersebut ialah Pendidikan Agama Islam. Ustaz yang mengajar kelas Aku pada waktu tersebut adalah Ustaz Azmi (yang juga merupakan Guru Disiplin). Bila ternampak Aku, sesi perkenalan dimulakan sekali lagi dan Aku terpaksa menerangkan pelbagai persoalan yang ditujukan. Tapi, sebaik sahaja Aku memberitahu sekolah asalku, iaitu Sekolah Menengah Agama Ma’arif (SMAM), ramai rakan sekelasku terdiam & Ustaz juga kelihatan sedikit terkejut. Mungkin disebabkan reputasi sekolah lama Aku yang terkenal dengan sikap pelajar-pelajar yang suka bergaduh, kaki pukul, terlibat dengan kegiatan jenayah dan lain-lain.
Setelah selesai sesi perkenalan dengan rakan-rakan sekelas, Ustaz Azmi menyuruhku membacakan 10 baris ayat daripada surah Al-Baqarah. Dan setelah selesai mengaji, Ustaz Azmi menepuk bahuku dan mula memangilku sebagai “Ustaz”. Aku turut terkejut dengan gelaran “Ustaz” yang diberikan kepadaku dan cuba untuk mendapatkan penjelasan dengan menyatakan bahawa Aku sememangnya tidak layak dengan gelaran tersebut. Bagiku, hanya seorang Mua’allim sahaja yang layak digelar sedemikian tetapi Ustaz Azmi terus-terusan memanggilku sebagai Ustaz dan rakan-rakan sekelasku turut memanggilku dengan gelaran tersebut. Akhirnya, daripada ingin dikenali sebagai Nazmi Ismail, Aku dikenali sebagai Ustaz. 
Untuk gelaran “Blues” pula, perkara ini bermula selepas acap kali berlaku salah faham sewaktu Ustaz Azmi mengajar dalam kelas dengan rakan-rakan sekelas yang ingin memanggilku. Biasa la, bila Ustaz Azmi mengajar dan ada pula rakanku yang ingin memanggilku, panggilan “Ustaz” itu telah menyebabkan Kami menyahut. Kadang-kadang sampaikan kami berdua pening kerana tidak pasti panggilan “Ustaz” tersebut ditujukan kepada siapa. Akhirnya, Aku diberi nama gelaran kedua iaitu “Blues” kerana Aku suka menulis ayat-ayat jiwang, menggunakan ayat yang berbunga-bunga sewaktu karangan Bahasa Melayu dan mendengar lagu-lagu jiwang.
Selain itu, perkara yang menyebabkan nama “Blues” semakin kuat pada Aku disebabkan peristiwa VCD ………  kepunyaan kawanku yang disembunyikan di dalam beg Aku. Pada asalnya, Aku yang dah dilantik menjadi pengawas unit disiplin sekolah ditugaskan dengan beberapa orang lagi pengawas dan guru-guru disiplin untuk melakukan spot-check. Kebetulan pada hari tersebut, rakan sekelasku membawa 5 keping VCD dan Dia meminta pertolongan Aku agar darpada dikenakan tindakan disiplin. Kawan punya pasal, Aku pun suruh la Dia simpan saja dalam beg Aku dan pada masa tersebut, Aku masih lagi tidak mengetahui akan isi VCD berkenaan. Sewaktu spot-check dijalankan di kelasku, pengawas-pengawas dan guru disiplin tidak menggeledah isi beg Aku. Jadi barang-barang yang disimpan di dalam beg tersebut selamat.
Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja spot-check tamat, Aku ingin mengembalikan barang-barang seperti Walkman dan VCD kawanku. Sebaik sahaja melihat gambar pada VCD berkenaan, Aku terlopong kerana terkejut dan tidak menyangkakan bahawa VCD berkenaan adalah VCD ………..  Kawan-kawan sekelas Aku yang melihat Aku terlopong, terus menggelakkan Aku dan membuat lawak dengan mengatakan;
“Haaaaaaa…. Ustaz simpan cd blue… Ustaz simpan cd blue… ”
Dan mereka sepakat memanggilku sebagai Ustaz Blues. Daripada “Ustaz”, Aku tukarkan nama gelaran Aku kepada “Ustard” yang membawa makna kepada “stadium”, kalau Aku tak silap. Akhirnya, habis satu sekolah memanggilku sebagai “Ustard Blues” dan nama gelaran “Ustard Blues” menjadi terkenal sehinggakan guru-guruku memanggilku sebagai “Ustaz Blues” berbanding “Nazmi Ismail”.  Sabar je laa Aku… Hahaha…


(Sewaktu Tingkatan 503 di TMS)

1st time blogging...

       Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Aku ucapkan sebagai pembuka bicara buat semua. Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya tergerak juga hati Aku untuk menulis blog ini. Mungkin ini merupakan langkah permulaan yang pertama bagi Aku menjelang 1 Januari 2011 ini. Kepada sahabat-sahabat Ku diluar sana, Selamat Tahun Baru Aku ucapkan pada semua dan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya, Insya Allah...

       Memandangkan 1 Januari ni juga merupakan ulangtahun kelahiran bagi Ku, ucapan syukur yang tidak terhingga Ku panjatkan kepada Ilahi kerana masih lagi diberi kesempatan umur yang panjang bagi meneruskan kehidupan di dunia ini. Hanya doa sahaja yang mampu ku panjatkan kepada Mu Ya Allah agar dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat, diberi ketabahan hati dalam mengahrungi ujian dan cabaran-cabaran Mu, serta ditetapkan iman dan dberi petunjuk kearah jalan kebenaran. Selain itu, Aku sujud dan menyembah kepada Mu Ya Allah agar memberkati kehidupan kedua-dua Mak Ayahku, Keluargaku, Saudara-maraku, Sahabat-sahabat handai, Guru-guru dan seterusnya buat semua umat Islam di dunia.

       Kepada pembaca-pembaca blog Blues Anok Ganu, terima kasih Aku ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk menjengah ke blog Aku ini. Blog ini dihasilkan bagi Aku mencurah segala idea-idea kreatif, coretan-coretan diriku, luahan hati dan perasaan serta sebagai tempat bagiku simpan memori indah untuk dikongsi bersama. Andainya terdapat salah silap dalam penulisanku, Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kekhilafanku. Insya Allah, andai ada kesempatan, akan Aku perbaiki segala kesilapanku untuk berubah kearah yang lebih baik. Insya Allah...

       Akhir kalam, terima kasih kerana sudi membaca celoteh-celoteh Aku disini dan Selamat Datang ke blog Blues Anok Ganu... Wassalam...   =)

                                                                                                                                      Yang ikhlas;
                                                                                                                                       Ustard Blues.