Peristiwa ni bermula sewaktu hari pertama Aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud (TMS) selepas mendaftar masuk ke kelas 404. Seperti kebiasaan, bila dah masuk ke tempat belajar yang baru, ramai la pelajar-pelajar mula nak berkenalan dengan Aku. Baik lelaki mahupun perempuan, kesemuanya bertanya macam-macam tentang Aku. Dari sekolah mana la, tinggal dimana la, alasan bertukar sekolah dan lain-lain lagi. Tapi Aku tetap tenang menjawab satu-persatu persoalan yang diutarakan. Biarpun dalam hati ni rasa macam-macam, Aku tetap tenang sebab Aku tahu ramai pelajar di sekolah ni terdiri daripada kawan-kawan lama sekolah rendah ku.
Tak lama kemudian, tibalah sesi pengajaran dan pembelajaran dan subjek pertama pada waktu tersebut ialah Pendidikan Agama Islam. Ustaz yang mengajar kelas Aku pada waktu tersebut adalah Ustaz Azmi (yang juga merupakan Guru Disiplin). Bila ternampak Aku, sesi perkenalan dimulakan sekali lagi dan Aku terpaksa menerangkan pelbagai persoalan yang ditujukan. Tapi, sebaik sahaja Aku memberitahu sekolah asalku, iaitu Sekolah Menengah Agama Ma’arif (SMAM), ramai rakan sekelasku terdiam & Ustaz juga kelihatan sedikit terkejut. Mungkin disebabkan reputasi sekolah lama Aku yang terkenal dengan sikap pelajar-pelajar yang suka bergaduh, kaki pukul, terlibat dengan kegiatan jenayah dan lain-lain.
Setelah selesai sesi perkenalan dengan rakan-rakan sekelas, Ustaz Azmi menyuruhku membacakan 10 baris ayat daripada surah Al-Baqarah. Dan setelah selesai mengaji, Ustaz Azmi menepuk bahuku dan mula memangilku sebagai “Ustaz”. Aku turut terkejut dengan gelaran “Ustaz” yang diberikan kepadaku dan cuba untuk mendapatkan penjelasan dengan menyatakan bahawa Aku sememangnya tidak layak dengan gelaran tersebut. Bagiku, hanya seorang Mua’allim sahaja yang layak digelar sedemikian tetapi Ustaz Azmi terus-terusan memanggilku sebagai Ustaz dan rakan-rakan sekelasku turut memanggilku dengan gelaran tersebut. Akhirnya, daripada ingin dikenali sebagai Nazmi Ismail, Aku dikenali sebagai Ustaz.
Untuk gelaran “Blues” pula, perkara ini bermula selepas acap kali berlaku salah faham sewaktu Ustaz Azmi mengajar dalam kelas dengan rakan-rakan sekelas yang ingin memanggilku. Biasa la, bila Ustaz Azmi mengajar dan ada pula rakanku yang ingin memanggilku, panggilan “Ustaz” itu telah menyebabkan Kami menyahut. Kadang-kadang sampaikan kami berdua pening kerana tidak pasti panggilan “Ustaz” tersebut ditujukan kepada siapa. Akhirnya, Aku diberi nama gelaran kedua iaitu “Blues” kerana Aku suka menulis ayat-ayat jiwang, menggunakan ayat yang berbunga-bunga sewaktu karangan Bahasa Melayu dan mendengar lagu-lagu jiwang.
Selain itu, perkara yang menyebabkan nama “Blues” semakin kuat pada Aku disebabkan peristiwa VCD ……… kepunyaan kawanku yang disembunyikan di dalam beg Aku. Pada asalnya, Aku yang dah dilantik menjadi pengawas unit disiplin sekolah ditugaskan dengan beberapa orang lagi pengawas dan guru-guru disiplin untuk melakukan spot-check. Kebetulan pada hari tersebut, rakan sekelasku membawa 5 keping VCD dan Dia meminta pertolongan Aku agar darpada dikenakan tindakan disiplin. Kawan punya pasal, Aku pun suruh la Dia simpan saja dalam beg Aku dan pada masa tersebut, Aku masih lagi tidak mengetahui akan isi VCD berkenaan. Sewaktu spot-check dijalankan di kelasku, pengawas-pengawas dan guru disiplin tidak menggeledah isi beg Aku. Jadi barang-barang yang disimpan di dalam beg tersebut selamat.
Nak dijadikan cerita, sebaik sahaja spot-check tamat, Aku ingin mengembalikan barang-barang seperti Walkman dan VCD kawanku. Sebaik sahaja melihat gambar pada VCD berkenaan, Aku terlopong kerana terkejut dan tidak menyangkakan bahawa VCD berkenaan adalah VCD ……….. Kawan-kawan sekelas Aku yang melihat Aku terlopong, terus menggelakkan Aku dan membuat lawak dengan mengatakan;
“Haaaaaaa…. Ustaz simpan cd blue… Ustaz simpan cd blue… ”
Dan mereka sepakat memanggilku sebagai Ustaz Blues. Daripada “Ustaz”, Aku tukarkan nama gelaran Aku kepada “Ustard” yang membawa makna kepada “stadium”, kalau Aku tak silap. Akhirnya, habis satu sekolah memanggilku sebagai “Ustard Blues” dan nama gelaran “Ustard Blues” menjadi terkenal sehinggakan guru-guruku memanggilku sebagai “Ustaz Blues” berbanding “Nazmi Ismail”. Sabar je laa Aku… Hahaha…
![]() |
| (Sewaktu Tingkatan 503 di TMS) |

zaman muda mudi ek... haha =p
ReplyDelete