Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Aku ucapkan sebagai pembuka bicara buat semua. Alhamdulillah, setelah sekian lama, akhirnya tergerak juga hati Aku untuk menulis blog ini. Mungkin ini merupakan langkah permulaan yang pertama bagi Aku menjelang 1 Januari 2011 ini. Kepada sahabat-sahabat Ku diluar sana, Selamat Tahun Baru Aku ucapkan pada semua dan semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang sebelumnya, Insya Allah...
Kepada pembaca-pembaca blog Blues Anok Ganu, terima kasih Aku ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk menjengah ke blog Aku ini. Blog ini dihasilkan bagi Aku mencurah segala idea-idea kreatif, coretan-coretan diriku, luahan hati dan perasaan serta sebagai tempat bagiku simpan memori indah untuk dikongsi bersama. Andainya terdapat salah silap dalam penulisanku, Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas kekhilafanku. Insya Allah, andai ada kesempatan, akan Aku perbaiki segala kesilapanku untuk berubah kearah yang lebih baik. Insya Allah...
Akhir kalam, terima kasih kerana sudi membaca celoteh-celoteh Aku disini dan Selamat Datang ke blog Blues Anok Ganu... Wassalam... =)
Yang ikhlas;
Ustard Blues.
rajin2 la update blog ye... :D
ReplyDelete